Monday 4 November 2013

S.A.L.A.M M.A.A.L H.I.J.R.A.H



ASSALAMUALAIKUM readers..  syukur alhamdulillah ke hadrat ALLAH s.w.t dengan izin dan limpah kurnia nya kerana hari ini kita masih di beri peluang untuk bernafas di atas bumi yang nyata ini. Hari ini kita bertemu ditahun akhir dalam kalendar islam , iaitu tahun1434H dan tiba beberapa detik lagi kita akan bertemu di tahun baru kalendar islam iaitu tahun 1435H.Salam maal hijah buat seluruh umat islam di muka bumi ini. Dengan ini saya nur izzah rasyidah bt mohd fauzi  ingin memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama hari ini saya ada menyakiti hati sesiapa.. Maafkan saya ya. :) ..kita manusia yang tak lepas daripada melakukan kesilapan dan ku susun sepuluh jari memohon kemaafan , di harap salah dan silap di maafkan.( mintak maaf ni bukan pada hari raya sahaja ya, mintak maaflah jika kita ada melakukan kesilapan).. sama-sama lah kita menutup buku lama yang penuh dengan kenangan-kenangan pahit (jika ada lah) hihi dan bukalah lebaran baru dengan penuh kesyukuran kerana di beri peluang untuk menjamah lagi dunia yang penuh tipu muslihat ini. Semoga hari esok adalah kebahagiaan buat kita semua, dimurahkan rezeki , diberkati oleh ALLAH s.w.t dan sentiasa berada di bawah perlindungan yang maha ESA ...aminn..

* sama-sama lah kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun


Kini Bulan Zulhijjah telah sampai ke penghujungnya, bermakna kita semakin meninggalkan tahun 1434 Hijrah dan bakal memasuki tahun Islam yang baru-1435 Hijrah. Walaupun ramai daripada kita umat Islam yang memandang ‘remeh’ tahun baru Islam ini , namun sesungguhnya ketika pergantian tahun baru Islamlah waktu yang paling tepat dan sesuai untuk memulakan sebuah tekad dan azam baru.

‘Azam Baru’, itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagian saudara-saudara kita ketika mereka mengalu-alukan tahun baru Masihi pada 1 Januari setiap tahun. Namun sebenarnya masa yang tepat untuk memulakan azam baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam.
 .
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)..

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْ‌جُونَ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ ﴿٢١٨

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(AlBaqarah; Ayat:218)

 

* A true migrator
is one who be abandon
What ALLAH s.w.t has prohibited
Prophet S.A.W *