Monday 3 February 2014

~andai ia yang terakhir~

dari jauh aku berlari mengejar mimpi-mimpi
dan aku mengintai angan-angan
dari situ aku yakin bahawa kebahagiaan telah menghampiriku
dan aku menyambut dengan rasa syukur

tetapi dikala itu engkau melangkah pergi
dan saat itu aku menyedari engkau sudah tiada di sisiku
lalu aku terasa berada di dunia yang sangat asing
dunia yang pernah aku singgahi sewaktu dulu

ketika itu terbayang indah senyuman yang pernah engkau ukirkan
aku hanya mampu menyimpannya utuh di dalan ingatan
kerana saat itu aku telah membenarkan engkau memasuki
dunia kehidupan seorang aku

kita di uji dari jarak yang jauh
di situlah letak nya kejujuran dan kesetiaan
maka dugaan demi dugaan datang menyapa
yang perlu kita hadapi bersama

sudah aku ingatkan engkau berulang kali
hubungan yang aku dambakan
bukan sesaat dua
bukan sejam dua
bukan sehari dua
bukan sebulan dua
bukan setahun dua
tetapi sanggupkah engkau setia dengan ku sehingga aku menjadi halal buatmu

kadangkala kita lemah dengan rencah kehidupan
kerana kehidupan ini penuh dengan emosi
dan juga kita terhanyut dengan permainan dunia
sehingga kita terlupa menghargai orang sekeliling

tahukah engkau
perjalanan yang bakal kita tempuhi
penuh dengan liku-liku dan duri kehidupan
sepatutnya hari ini kita masih lagi menempuhnya bersama-sama
tetapi sekarang kenapa tidak lagi
mungkinkah engkau sudah lupa akan janji yang pernah engkau lafazkan kepada aku
saat engkau mula menyentuh hidupku dulu

engkau disana berjuang dengan kehidupan dan impian baru
demi membahagiakan keluarga tercinta dan cita-cita mu
tetapi aku di sini masih lagi mengharapkan mu untuk menghargai aku
dan setelah noktah tiba
aku harus berjuang mengharungi detik luka seorang diri

*terima kasih untuk segalanya..

~H.U.R.T.S~


aku yakin semua manusia pernah merasai luka
saat ini engkau pasti tidak tahu erti tangisan akan aku
ia mula membasahi bumi dan mengalir ke pipiku dengan laju
terdalam luka itu sehinggakan tiada senyuman yang ku ukir di bibir

ingin sekali aku balut luka ini
dengan harapan dan sinar mentari yang baru
tetapi apa daya aku, kerana aku sangat takut
luka yang bakal hadir akan merapuhkan jiwa dan hati ini

ketika ini gelap dan terang masih lagi silih berganti
untuk terus mewarnai hari-hari seterusnya
jika keyakinan masih ada
pasti kebahagiaan itu akan menyusul




dulu kita pernah di takdirkan untuk mewarnai dunia
bukan hanya untuk memiliki buat sementara
tetapi sehingga ke akhirnya kita bertemu di syurga impian
biarkan ianya tetap utuh di dalam dakapan doa

tetapi kita sedar bahawa mentari itu tidak selalu kelam
rembulan juga akan hilang cahayanya
tak ku sangka kehadiranmu hanya sementara
sekadar mengintai kehidupanku

ku sangka kan saat bahagia itu telah menghampiriku
tetapi aku masih lagi tenggelam dengan mimpi semalam
aku harus akur dengan setiap keputusan illahi
teruskanlah langkah hebat mu memperjuangkan cinta

penyesalan hanya akan membuatkan
hati seseorang itu lebih terluka
kerana engkau harus ingat , setiap yang pergi
tak mungkin akan KEMBALI lagi..

~L.O.N.E.L.Y~

Assalamualaikum readerss..da lame menyepi now i buad come back! ahakszz.. dah kaku jari jemari yang lentik nih nak main atas tinta lappy.(hihihi). da kering idea-idea nih.. for dis year 2014 nak buad come back balik (konon jelahh).. ecececeh.. my otak so bercelaru right now.. ekeke...


I LOVE YOU!! I LOVE YOU!! I LOVE YOU!!
I JUST WISH I COULD SAY IT TO YOUR FACE!!

hmmm maybe ini lah bisikkan cinta yang selalu kita dengar. Dan haruslah di ingatkan kepada semua cinta datang dan pergi bagi manusia yang tidak tahu erti menghargai. Bagi manusia yang mengejar rupa paras, harta benda semua itu akan lari meninggalkan anda.. dan setiap manusia mendambakan cinta hingga ke jannah (termasok aku =) . Cari lah cinta ILLAHI yang akan membuat mu menuju kebahagiaan.

cinta menyedari kehadirannya
kenapa engkau mengatakan
mencinta pada aku hari ini
tetapi pada esok nya engkau mendustai segalanya

tidak pernah aku menyedari pada saat ini
engkau begitu bermakna dalam hidupku
sehingga suatu saat engkau datang dengan senyuman
dan akhirnya engkau hilang menyepi tanpa noktah

YA ALLAH
di manakah saat tepat buat diriku
tatkala aku rebah dan terkapai-kapai seorang diri
mencari kekuatan dan ketabahan di setiap sudut

YA ALLAH
berikanlah aku petunjuk dan penerang dijalan mu
agar saat ini aku tidak lagi tersesat mencari arah
kuatkan aku disaat badai mula menyapa

YA ALLAH
tetaplah berada disisiku
janganlah ENGKAU pernah menjauh dariku
kerana aku mati tanpamu.