Monday 3 February 2014

~H.U.R.T.S~


aku yakin semua manusia pernah merasai luka
saat ini engkau pasti tidak tahu erti tangisan akan aku
ia mula membasahi bumi dan mengalir ke pipiku dengan laju
terdalam luka itu sehinggakan tiada senyuman yang ku ukir di bibir

ingin sekali aku balut luka ini
dengan harapan dan sinar mentari yang baru
tetapi apa daya aku, kerana aku sangat takut
luka yang bakal hadir akan merapuhkan jiwa dan hati ini

ketika ini gelap dan terang masih lagi silih berganti
untuk terus mewarnai hari-hari seterusnya
jika keyakinan masih ada
pasti kebahagiaan itu akan menyusul




dulu kita pernah di takdirkan untuk mewarnai dunia
bukan hanya untuk memiliki buat sementara
tetapi sehingga ke akhirnya kita bertemu di syurga impian
biarkan ianya tetap utuh di dalam dakapan doa

tetapi kita sedar bahawa mentari itu tidak selalu kelam
rembulan juga akan hilang cahayanya
tak ku sangka kehadiranmu hanya sementara
sekadar mengintai kehidupanku

ku sangka kan saat bahagia itu telah menghampiriku
tetapi aku masih lagi tenggelam dengan mimpi semalam
aku harus akur dengan setiap keputusan illahi
teruskanlah langkah hebat mu memperjuangkan cinta

penyesalan hanya akan membuatkan
hati seseorang itu lebih terluka
kerana engkau harus ingat , setiap yang pergi
tak mungkin akan KEMBALI lagi..

No comments:

Post a Comment