Tuesday 4 February 2014

~dengarlah bintang hatiku~

Assalamualaikum to uols people.. sehad ke sume? hope sume2 sehad yer.. owrte tengah hari tadi my bestiess cik niza mazlan bg cek dengar lagu dengarlah bintang hatiku by De meisis .. dis song is very simple. tp tetibe mate den berair-air.. shedapp kot lagu nih ha.. ekeke


Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamuDalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku

Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku
Walau ku tahu ragamu tak utuh
Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
Karena bagiku engkaulah nyawaku
Karena bagiku engkaulah nyawaku

#throwback pic my bestiess





Monday 3 February 2014

~andai ia yang terakhir~

dari jauh aku berlari mengejar mimpi-mimpi
dan aku mengintai angan-angan
dari situ aku yakin bahawa kebahagiaan telah menghampiriku
dan aku menyambut dengan rasa syukur

tetapi dikala itu engkau melangkah pergi
dan saat itu aku menyedari engkau sudah tiada di sisiku
lalu aku terasa berada di dunia yang sangat asing
dunia yang pernah aku singgahi sewaktu dulu

ketika itu terbayang indah senyuman yang pernah engkau ukirkan
aku hanya mampu menyimpannya utuh di dalan ingatan
kerana saat itu aku telah membenarkan engkau memasuki
dunia kehidupan seorang aku

kita di uji dari jarak yang jauh
di situlah letak nya kejujuran dan kesetiaan
maka dugaan demi dugaan datang menyapa
yang perlu kita hadapi bersama

sudah aku ingatkan engkau berulang kali
hubungan yang aku dambakan
bukan sesaat dua
bukan sejam dua
bukan sehari dua
bukan sebulan dua
bukan setahun dua
tetapi sanggupkah engkau setia dengan ku sehingga aku menjadi halal buatmu

kadangkala kita lemah dengan rencah kehidupan
kerana kehidupan ini penuh dengan emosi
dan juga kita terhanyut dengan permainan dunia
sehingga kita terlupa menghargai orang sekeliling

tahukah engkau
perjalanan yang bakal kita tempuhi
penuh dengan liku-liku dan duri kehidupan
sepatutnya hari ini kita masih lagi menempuhnya bersama-sama
tetapi sekarang kenapa tidak lagi
mungkinkah engkau sudah lupa akan janji yang pernah engkau lafazkan kepada aku
saat engkau mula menyentuh hidupku dulu

engkau disana berjuang dengan kehidupan dan impian baru
demi membahagiakan keluarga tercinta dan cita-cita mu
tetapi aku di sini masih lagi mengharapkan mu untuk menghargai aku
dan setelah noktah tiba
aku harus berjuang mengharungi detik luka seorang diri

*terima kasih untuk segalanya..

~H.U.R.T.S~


aku yakin semua manusia pernah merasai luka
saat ini engkau pasti tidak tahu erti tangisan akan aku
ia mula membasahi bumi dan mengalir ke pipiku dengan laju
terdalam luka itu sehinggakan tiada senyuman yang ku ukir di bibir

ingin sekali aku balut luka ini
dengan harapan dan sinar mentari yang baru
tetapi apa daya aku, kerana aku sangat takut
luka yang bakal hadir akan merapuhkan jiwa dan hati ini

ketika ini gelap dan terang masih lagi silih berganti
untuk terus mewarnai hari-hari seterusnya
jika keyakinan masih ada
pasti kebahagiaan itu akan menyusul




dulu kita pernah di takdirkan untuk mewarnai dunia
bukan hanya untuk memiliki buat sementara
tetapi sehingga ke akhirnya kita bertemu di syurga impian
biarkan ianya tetap utuh di dalam dakapan doa

tetapi kita sedar bahawa mentari itu tidak selalu kelam
rembulan juga akan hilang cahayanya
tak ku sangka kehadiranmu hanya sementara
sekadar mengintai kehidupanku

ku sangka kan saat bahagia itu telah menghampiriku
tetapi aku masih lagi tenggelam dengan mimpi semalam
aku harus akur dengan setiap keputusan illahi
teruskanlah langkah hebat mu memperjuangkan cinta

penyesalan hanya akan membuatkan
hati seseorang itu lebih terluka
kerana engkau harus ingat , setiap yang pergi
tak mungkin akan KEMBALI lagi..

~L.O.N.E.L.Y~

Assalamualaikum readerss..da lame menyepi now i buad come back! ahakszz.. dah kaku jari jemari yang lentik nih nak main atas tinta lappy.(hihihi). da kering idea-idea nih.. for dis year 2014 nak buad come back balik (konon jelahh).. ecececeh.. my otak so bercelaru right now.. ekeke...


I LOVE YOU!! I LOVE YOU!! I LOVE YOU!!
I JUST WISH I COULD SAY IT TO YOUR FACE!!

hmmm maybe ini lah bisikkan cinta yang selalu kita dengar. Dan haruslah di ingatkan kepada semua cinta datang dan pergi bagi manusia yang tidak tahu erti menghargai. Bagi manusia yang mengejar rupa paras, harta benda semua itu akan lari meninggalkan anda.. dan setiap manusia mendambakan cinta hingga ke jannah (termasok aku =) . Cari lah cinta ILLAHI yang akan membuat mu menuju kebahagiaan.

cinta menyedari kehadirannya
kenapa engkau mengatakan
mencinta pada aku hari ini
tetapi pada esok nya engkau mendustai segalanya

tidak pernah aku menyedari pada saat ini
engkau begitu bermakna dalam hidupku
sehingga suatu saat engkau datang dengan senyuman
dan akhirnya engkau hilang menyepi tanpa noktah

YA ALLAH
di manakah saat tepat buat diriku
tatkala aku rebah dan terkapai-kapai seorang diri
mencari kekuatan dan ketabahan di setiap sudut

YA ALLAH
berikanlah aku petunjuk dan penerang dijalan mu
agar saat ini aku tidak lagi tersesat mencari arah
kuatkan aku disaat badai mula menyapa

YA ALLAH
tetaplah berada disisiku
janganlah ENGKAU pernah menjauh dariku
kerana aku mati tanpamu.

 

Friday 6 December 2013

~S.O.F.T.B.A.L.L ~

haluuuu adik-adik kakak sekalian.. Assalamualaikum reAders .. i wanna to share we ols punye cerita  trip to dungun .. yipppy.. dapat bawak kawan-kawan pegik dungun dan bawak balik rumah even sekojap sajer.. puaskan hati dah lah.. tujuan sebenar we ols pegik dungun becoz nak support budak SOFTBALL wakil POLISAS yang duk main kat PSMZA ..ngeeee .. sebab yang main softball tuh kebanyakkannya daripada budak kelas kami, so g we go DUNGUN .. ekcely da lame nak post pic-pic nih tetapi ..hah tetapii kemalasan menguasai so flight terpakse lah delay !! .. #throwback pic-pic trip tO DUNGUN!!
nih jersi aku.. cAm chAntek jerp !!
                           before sampai PSMZA kami sempat bergambar at PANTAI KEMASIK    
weols ummpphh!!
ngn cik izni nadia !!
menari si paku lenggang wif cik sasa !!
     hye2 poli DUNGUN.. g we go !! hello PSMZA !! we are here --------->
                           
       
       
hah nmpak , kami jer yang mai sokong..ngeeee
            
          
            

okay done!! sedikit sebanyak pic .. nak ctea sal pemainan softball nih aku tak expert beb .. so hanya gambar jer yang ado nye.. sedikit keropok, kueh mueh dan air batu cmpur tuk kawan-kawan ku.. selamat menjamu selera !!

Saturday 9 November 2013

~ N.O.V.E.L ~

 Assalamualaikum readers.. HYE wassup2.. hye pretty!! hye handsome!! hye ayah! hye mak!! hye romeo!! hye juliet!! hye cute!! hye bambam !! hye chubby!! hye prince !! hye princess!! hye buwsyuk!! hye masham !! hye you !! hye smile !! hye tears !! hey  people !! hye world!! 
have a good day yarh!! =)
ngee dah hye2 kat sume2 dah..over pulaksss.. 

ouhh so bored n bored is so (oh my english!!!) gggrrrr... APTB (ape pon ta boleh!)..aiyaaaa.. ape mau buad ini hari yerr.. tengah kemas-kemas buku-buku terjumpa pulak novel-novels kesayangan saya ini.. hurmm patot lahh dah kering idea sangat sebab tak membaca buku-buku C.H.E.N.T.A nih kott..hihuhihu.. dah lame tak feeling2 nih.. ape yang fun bila uols  bace novel , uols kene letakkan diri uols sebagai watak utama dalam novel toh and thenn put someone you lovee jugee dalam cerita  tersebut, so bila baca novel uols boleh lah perasaan sorang2 dn tersengih-sengih mcm kerang busuk !.. hehehehe... to know me you must be me....to be me, you must have me..to have me , you must LOVE me.. okay?? 
'hmmmm macam sikit jerr..mcam tak cukopp jerr..hmmmmm

kebayakkan yang suka baca novel nih adalah terdiri daripada kaum hawa yang cantek! comey! cute! bambam! ngeee termasokk saya lah .. susah nk jumpa kaum adam yang baca novel cintan cintun nih haa.. kalo ade pon hmmm satu dalam beribu lettew.. Tak salah baca novel nih senarnye tapi yang menjadi salah kalo uols asyik hadap novel nih 24 jam walhal uols tahu uols ade keje yang perlu di siapkan !! so bile uols free, uols boleh lah luangkan masa for read ur feveret novels..no matter how good or bad you think life is wake up each day and be thankful for life. someone somewhere else fightingto survive.. huisshh emotional pulakk!!

GILER KAU!!
ouhh feveret novels uols.. sangat-sangat best baca novel nih.. ouhh feeling so good !!.. cheer you up when you're down..Comforts you when you're sad. Fight for you when you're hurt. ouhh as long as you're the same person i fell for , my feeling won't ever change .kikiki..annoying betol lah kau izzah.. feeling sorang2...ttskkk....malumalumalu .  arghh as a woman or female or girl or whatever i get jelous , i get worried , i get curious, That's becOz i care ..okay!.. hehehe.. The best feeling in the world is , when you look at that special person and they are already smiling at you..fiwiittt.. winwinkwink.. Dear crush , plizz fall in love with me becOz you have a cutes smile and i loike!!..hiphip..aiyaaaa..
 GILER KAU !! novel yang saya suka.. mula-mula begadoh and then fall in love.. muehehehe..
"menjadi cinta PERTAMA kepada mu adalah suatu yang HEBAT , tetapi menjadi cinta yang TERAKHIR bagi mu adalah jauh lebih SEMPURNA"......

Monday 4 November 2013

S.A.L.A.M M.A.A.L H.I.J.R.A.H



ASSALAMUALAIKUM readers..  syukur alhamdulillah ke hadrat ALLAH s.w.t dengan izin dan limpah kurnia nya kerana hari ini kita masih di beri peluang untuk bernafas di atas bumi yang nyata ini. Hari ini kita bertemu ditahun akhir dalam kalendar islam , iaitu tahun1434H dan tiba beberapa detik lagi kita akan bertemu di tahun baru kalendar islam iaitu tahun 1435H.Salam maal hijah buat seluruh umat islam di muka bumi ini. Dengan ini saya nur izzah rasyidah bt mohd fauzi  ingin memohon ampun dari hujung rambut sampai hujung kaki jika selama hari ini saya ada menyakiti hati sesiapa.. Maafkan saya ya. :) ..kita manusia yang tak lepas daripada melakukan kesilapan dan ku susun sepuluh jari memohon kemaafan , di harap salah dan silap di maafkan.( mintak maaf ni bukan pada hari raya sahaja ya, mintak maaflah jika kita ada melakukan kesilapan).. sama-sama lah kita menutup buku lama yang penuh dengan kenangan-kenangan pahit (jika ada lah) hihi dan bukalah lebaran baru dengan penuh kesyukuran kerana di beri peluang untuk menjamah lagi dunia yang penuh tipu muslihat ini. Semoga hari esok adalah kebahagiaan buat kita semua, dimurahkan rezeki , diberkati oleh ALLAH s.w.t dan sentiasa berada di bawah perlindungan yang maha ESA ...aminn..

* sama-sama lah kita membaca doa akhir tahun dan awal tahun


Kini Bulan Zulhijjah telah sampai ke penghujungnya, bermakna kita semakin meninggalkan tahun 1434 Hijrah dan bakal memasuki tahun Islam yang baru-1435 Hijrah. Walaupun ramai daripada kita umat Islam yang memandang ‘remeh’ tahun baru Islam ini , namun sesungguhnya ketika pergantian tahun baru Islamlah waktu yang paling tepat dan sesuai untuk memulakan sebuah tekad dan azam baru.

‘Azam Baru’, itulah ungkapan yang banyak diucapkan oleh sebahagian saudara-saudara kita ketika mereka mengalu-alukan tahun baru Masihi pada 1 Januari setiap tahun. Namun sebenarnya masa yang tepat untuk memulakan azam baru adalah ketika pergantian tahun baru Islam.
 .
Daripada riwayat Abdullah bin Habsyi, Rasulullah SAW bersabda: “Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa-apa yang dilarang oleh Allah.” (Hadis riwayat Abu Daud)..

Allah SWT berfirman:

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَالَّذِينَ هَاجَرُ‌وا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّـهِ أُولَـٰئِكَ يَرْ‌جُونَ رَ‌حْمَتَ اللَّـهِ ۚ وَاللَّـهُ غَفُورٌ‌ رَّ‌حِيمٌ ﴿٢١٨

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan Agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan Rahmat Allah. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
(AlBaqarah; Ayat:218)

 

* A true migrator
is one who be abandon
What ALLAH s.w.t has prohibited
Prophet S.A.W *